Air tebu perahan segar menjadi kegemaran
rakyat Malaysia, terutama orang Islam ketika berbuka puasa. Air tebu berasa
manis dan segar mengandungi gula semula jadi. Biarpun rasa manis, air tebu mempunyai
Indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 43 berbanding gula biasa pada kadar 64.
Untuk menikmati air tebu segar boleh dilakukan dengan dua cara. Pertamanya dengan mengepah batang tebu mengikut cara dan kreativiti masang-masing. Cara ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai gigi dan gusi yang kuat.
Cara mengepah ini memberi kepuasan tersendiri, terutama ketika berada di luar kawasan rumah. Pun begitu, jumlah air yang mampu dikeluarkan agar terhad dan tidak boleh dinikmati dengan campuran ketulan ais atau dalam keadaan sejuk kerana batang tebu yang dikepah akan terus menghasilkan air yang mengalir masuk terus ke dalam mulut.
Cara kedua dan yang paling banyak dilakukan ialah dengan menggunakan mesin pemerah batang tebu untuk mengeluarkan air dan mengasingkan bahgian yang dipanggil hampas. Cara ini dilakukan oleh penjual air tebu kerana dapat menghasilkan jumlah yang baik dan dikira agak mudah.
Air tebu sedap diminum segar. Jika ingan disimpan, pastikan ia diletakkan di dalam peti sejuk sebaik airnya diperah. Jika ditangguh atau lewat diletkkan di dalam peti sejuk, ia dikhuatiri akan cepat basi atau rosak. Air itu akan menjadi masam dan tidak sesuai lagi untuk diminum.
Selain sedap dan menyegarkan, kebaikan atau khasiat air tebu ialah:
- Membantu memudahkan aliran kencing dengan cepat dan dapat bantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik. Jika ia diambil bersama jus limau kesturi, ia dapat membantu masalah demam kuning.
- Mencegah jerawat, mencegah penuaan, mengurangkan parut dan membantu mengelakkan kulit daripada kering. Ini kerana terdapat bahan khasiat asid glycolic dalam air tebu.
- Menguatkan tulang. Ini kerana air tebu juga kaya dengan kalsium dan fosforus.
- Membantu meningkatkan tahap hemoglobin (sel darah merah). Ini kerana air tebu tinggi kandungan zat besi dan folat (folate). Kehadiran folat dalam air tebu juga dapat menghalang kecacatan pada bayi dalam kandungan.
- Membantu badan untuk melawan kanser. Kehadiran bahan antikanser seperti flavonoid membantu badan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser prostat dan payudara.
- Kepekatan tinggi kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan mangan menjadikan air tebu bersifat alkali.
No comments:
Post a Comment