Monday, 5 May 2025

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH

 
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.
 
Jawatankuasa ini diwujudkan secara perundangan mengikut seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Ahli-ahli JKMR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti pemerintah dan pembangkang.
 
Peruntukan seksyen tersebut juga menetapkan tidak ada seorang pun Anggota Pentadbiran boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas ini.
 
Tempoh lantikan setiap ahli adalah untuk selama tiga tahun.
 
Terma Rujukan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
- Untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
- Untuk memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya;
- Untuk memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tentang perjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsinya di bawah Akta SPRM 2009;
- Untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya
 
Kewujudan JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara.

No comments:

Post a Comment