Sunday, 2 February 2020

CARA LEBIH BANYAK MAKAN ULAM


Ulam adalah buah, sayur, batang atau pucuk yang dimakan mentah atau dicelur sekejap. Di sekeliling kita terdapat pelbagai jenis tumbuhan atau buah yang boleh dijadikan ulam.

Ulam sentiasa sinonim dengan label ‘awet muda’ menyebabkan ramai gemar mengambil ulam seperti timun, daun selom, ulam raja, pegaga, pucuk gajus, kunyit, malah petai dan kerdas sebagai sebahagian daripada menu harian mereka. Sebenarnya, kebaikan mengambil menu ulam dapat dimanfaatkan untuk kesihatan keseluruhannya.

Keberadaan ulam dalam menu harian dapat mempelbagaikan rasa keenakan asli tumbuhan dan buah yang berkenaan. Rasanya kekal asli kerana tidak dimasak. Hanya kalaupun ada rasa lain apabila dicicah dengan budu, cencaluk, sambal dan sebagainya.

Ulam ternyata mempunyai banyak kelebihan dan mudah dikendalikan kerana ia lazim dimakan mentah dan segar, tidak perlu dimasak, boleh dijadikan kerabu dan sudah semestinya pembuka selera kala menjamah hidangan berat seperti nasi.

Pucuk gajus, cekor manis, daun  kesum, pegaga dan mengkudu umpamanya mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh badan (wajah terutama) untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Makan ulam tanpa dimasak dapat mengekalkan zat yang tersedia ada. Proses memasak atau memanas pada suhu tertentu akan merosakan gizi pemakanan yang ada.

Pelbagai jenis ulam yang dimakan dapat mengelak rasa jemu. Selain itu, boleh juga dibuat kerabu yang dicampur dengan perisa atau bahan-bahan lain. 

Amalkan makan ulam ulaman pada setiap set menu makanan harian anda. Makan ulam membantu ada menjaga kesihatan kekal sihat dan minda cerdas.

No comments:

Post a Comment