Sunday, 28 September 2025

POKOK MANGGA CANTUMAN LEBIH RENDAH

Pokok mangga banyak ditanam di Malaysia secara kecilan dan komersial. Buah mangga mendapat sambutan di kalangan rakyat sehingga pemintaan melebihi penawaran dan terpaksa mengimport dari luar negara, khususnya Thailand.

Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 m. Dahan tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh.

Daun mangga berbentuk eliptik mudah terus membujur, tersusun secara spiral, 10 - 40 sm panjang dan 3 - 10 sm lebar. Berdaun lebat berwarna merah ke cokelat hingga ke hijau terang bergantung kepada klon.

Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa.

Buah mangga terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke warna oren.

Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryonik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah. Buah yang belum masak boleh dibuat rojak atau dibuat jeruk, ini termasuk dikeringkan, diproses menjadi jus, jam dan sebagainya.

Kebiasaannya, pokok yang ditanam dari anak benih cantuman adalah rendah berbanding dengan pokok mangga yang ditanam daripada biji.

Terdapat 99 varieti Mangga telah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Sehingga kini, hanya 6 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu MA128 (Harumanis), MA162 (Foo Fatt/Golek), MA165 (MAHA 65), MA204 (Melele), MA223 (Nam Dok Mai) dan MA224 (Chokanan).

Terdapat "perayaan" iaitu Hari Mangga Nasional yang disambut pada 22 Julai setiap tahun.

No comments:

Post a Comment