Pulau Merambong sah milik Malaysia biarpun kedudukannya hanya 1.4 kilometer dari Singapura. Pulau Merambong yang juga dikenali Pulau Mayat terletak berhampiran sempadan maritim Malaysia
dan Singapura. Ia hanya terletak kira-kira 10 minit perjalanan menggunakan bot
dari Tuas, Singapura berbanding 30-45 minit dari Gelang Patah, Malaysia.
Pulau Merambong dikenali dengan nama Pulau Mayat
disebabkan di pulau tersebut terdapat kira-kira 50 kubur yang tidak dikenal
pasti pemiliknya. Ia dipercayai kubur para pedagang atau pengembara yang mati
di atas kapal semasa pelayaran dan dikebumikan di situ.
Pulau Merambong antara lokasi yang amat strategik kerana ia
terletak di tengah-tengah laluan perkapalan yang sibuk untuk ke Pelabuhan
Tanjung Pelepas (PTP), loji jana kuasa Tanjung Bin dan Asia Petroleum Hub serta
laluan ke kawasan industri Tuas di Singapura.
Pulau Merambong dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau.
Sekitaran pulau ini juga terkenal sebagai kawasan rumput laut yang sesuai untuk
makanan dan habitat dugong dan kuda laut, menjadikan terus kawasan ini sesuai
dibangunkan sebagai tarikan pelancongan.
Kawasan ini terkenal dengan lokasi memancing kerana
banyaknya ikan yang tinggi nilainya.
Setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa
Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) diserahkan kedaulatannya kepada Singapura,
menyebabkan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Merambong membimbangkan.
Untuk menyelesaikan pertikaian dan menentukan hak milik sah,
Straits Settlement and Johore Territorial Waters Agreement of 1927 digunakan.
Berdasarkan kepada perjanjian tersebut, Pulau Merambong sah milik Malaysia
biarpun kedudukannya hampir dengan Singapura.
No comments:
Post a Comment