Tuesday, 8 June 2021

GULAI DARAT TIDAK PERLU MENUMIS

 
Gulai darat cukup terkenal di Kelantan yang membawa maksud gulai yang tidak ditumis rempah nya terlebih dahulu. Sebaliknya semuanya dimasak sekali gus dengan santan sehingga masak.  
 
Gulai darat banyak dijadikan menu semasa kenduri yang memasak menggunakan kawah besar. Sebab itu ada orang mengatakan gulai darat adalah gulai kawah. 
 
Gulai darat biasanya menggunakan daging lembu. Bagaimanapun, daging ayam dan ikan juga boleh dijadikan bahan asas. 
 
Ikan air tawar seperti ikan keli dan ikan haruan biasanya dimasak secara gulai darat. 
 
Bukan sahaja sedap tetapi mudah dan cepat disediakan. Oleh kerana ianya tidak ditumis, jadi kuah gulai kurang lah berminyak.   
 
Mengapa ia dipanggil gulai darat? Tidak ada kenyataan tepat mengenai sejarah mengapa ia dikenali gulai darat. 
 
Namun, dipercayai nama gulai darat itu diambil dari perkataan ‘darat’ dalam dialek Kelantan yang bermaksud bodoh; dungu; tidak ikut cara biasa. 
 
Dengan kata lain, gulai darat tidak mengikut cara biasa menggulai yang perlu terlebih dahulu menumis bahan-bahan rempah dan santan, sebelum dimasukkan daging atau ikan. 
 
Maka ia dipanggil gulai darat.

No comments:

Post a Comment