Limau bali atau juga dikenali sebagai limau tambun merupakan sejenis limau besar yang banyak ditanam di Malaysia.
Nama saintifik bagi limau bali ialah Citrus Grandis (L) atau
Citrus maxima juga dipanggil sebagai pomelo, limau besar, limau abung, atau limau
betawi.
la dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam
di Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, Limau Bali banyak ditanam di
negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah.
Pokok boleh ditanam sama ada di kawasan laman rumah, mahupun
di ladang. Ia adalah pokok bersaiz sederhana dan terbesar di antara semua
spesies citrus yang mempunyai daun, buah dan bunga yang besar.
Berat buah antara satu hingga lima kilogram mengikut
varieti. Kira-kira separuh berat keseluruhan buah adalah kulit.
Buah ini mempunyai kulit yang tebal dan berwarna hijau atau
kuning, manakala isi buahnya berwarna putih, merah jambu atau merah, bergantung
kepada jenisnya.
Walaupun limau bali sering dikelirukan dengan grapefruit
tetapi ia mudah dibezakan dengan kulitnya yang lebih tebal, saiz yang lebih
besar dan rasa atau rasa manis.
Buah ini boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam
salad buah, pencuci mulut dan minuman. Kalau makan dengan pencicah atau perasa,
lagi sedap mengikut cita rasa masing-masing.
No comments:
Post a Comment