Tebu (Saccharum officinarum) merupakan
keluarga rumput (Poaceae) yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal
menyimpan sukrose dalam batangnya dan dari cecair ini gula yang berbentuk kristal dihasilkan dengan mengeringkan airnya.
Dikatakan kewujudan gula yang dikristalkan
ini telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India.
Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika
atau separa tropika, dengan hujan minima 600 mm setahun. Ia merupakan salah
satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam
tumbuhan, mampu menukar sehingga 2 peratus dari tenaga suria kepada biojisim.
Tebu ditanam dari keratan batang berbanding
biji benih, walaupun sesetengah jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih,
kaedah moden melalui potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan.
Setiap potongan mesti mengandungi
sekurang-kurangnya satu kudup dan potongan batang ini biasanya ditanam
menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa
kali setiap kali selepas tuaian, batang asal akan mengeluarkan pucuk baru yang
dikenali sebagai ratoons.
Bergantung kepada amalan penanaman, tuaian
antara 2 hingga 10 kali boleh dilakukan antara setiap penanaman. Biasanya,
setiap tuaian yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan,dan memerlukan
penanaman semula dilakukan.
Dalam penanaman tebu secara komersil,
tuaian dibuat menggunakan tangan dan ini diamalkan oleh kebanyakkan dari
pengeluaran tebu dunia. Tebu-tebu yang telah cukup matang akan dibakar apabila
daun-daunnya akan cepat dimakan api dengan meninggalkan batang-batang tebu yang
tinggi kandungan airnya dan penuaian menggunakan parang mudah dilakukan.
Pemprosesan tebu untuk pengeluaran gula
dilakukan di kilang-kilang bagi mendapatkan gula mentah berwarna kuning hingga
gula perang. Namun bagi penanaman tebu secara kecil-kecilan hasilan tebu
dipasarkan di pasaran tempatan untuk pengeluaran air tebu secara segar.
Batang tebu boleh dimakan terus dengan
memamah bagi mengeluarkan airnya dan hampas diludah keluar. Air tebu yang
dihasilkan melalui tangan, atau mesin eletrik dangan sedikit campuran limau
nipis dan air batu menghasilkan minuman yang enak dan sangat digemari ramai.
Selain sedap dan menyegarkan, kebaikan atau
khasiat air tebu ialah:
- Membantu memudahkan aliran kencing dengan
cepat dan dapat bantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik. Jika ia
diambil bersama jus limau kesturi, ia dapat membantu masalah demam kuning.
- Mencegah jerawat, mencegah penuaan,
mengurangkan parut dan membantu mengelakkan kulit daripada kering. Ini kerana
terdapat bahan khasiat asid glycolic dalam air tebu.
- Menguatkan tulang. Ini kerana air tebu
juga kaya dengan kalsium dan fosforus.
- Membantu meningkatkan tahap hemoglobin
(sel darah merah). Ini kerana air tebu tinggi kandungan zat besi dan folat
(folate). Kehadiran folat dalam air tebu juga dapat menghalang kecacatan pada
bayi dalam kandungan.
- Membantu badan untuk melawan kanser.
Kehadiran bahan antikanser seperti flavonoid membantu badan menghalang
pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser prostat dan payudara.
- Kepekatan tinggi kalsium, magnesium,
potassium, zat besi dan mangan menjadikan air tebu bersifat alkali.
No comments:
Post a Comment