Thursday, 4 February 2021

KEBAIKAN ISI SIPUT GONDANG EMAS DIBERIKAN KEPADA ITIK

 
Salah satu penyakit yang kerap dialami itik penelur atau itik khaki campbell ialah sakit lemah pinggang dan patah pinggang. Itik khaki campbell yang mengalami penyakit tersebut sukar untuk berdiri dan berjalan. Penyakit ini boleh menyebabkan itik itu mati. 
 
Salah satu cara mencegah atau mengubat penyakit patah pinggang itik ialah dengan memberi isi siput gondang emas. Untuk mendapatkan isi siput itu dengan cara dicungkil atau dipecahkan cengkerangnya 
 
Selain merawat penyakit patah pinggang, isi siput gondang juga dapat membantu itik bertelur lebih kerap dan telur merah lebih besar. 
 
Penggunaan siput gondang diberikan kepada itik bukan sahaja memberi keuntungan kepada penternak itik, tetapi juga kepada petani atau pesawah padi. 
 
Siput gondang emas adalah haiwan perosak utama bagi tanaman padi. Memang sukar untuk menghapuskan siput gondang emas disebabkan kadar pembiakannya amat tinggi. Siput ini boleh bertelur sehingga 8,000 biji telur setahun. Lebih daripada 90% telur yang dihasilkan akan menetas dan membesar dengan kadar cepat. Siput gondang boleh hidup lebih daripada 3 tahun. 
 
Kerugian ditanggung oleh petani jika tiada kawalan dilaksanakan terhadap serangan siput gondang emas boleh mencecah RM5,400 sehektar jika terdapat lima ekor siput gondang emas dalam satu meter persegi. 
 
Jadi, elok sangat jika penternak itik memperbanyakkan penggunaan siput gondang emas dijadikan makanan kepada itik-itik mereka yang sekaligus dapat mengurangkan populasi siput gondang emas dan seterusnya mengurangkan serangan terhadap tanaman padi.

No comments:

Post a Comment