
Tawas adalah kelompok garam terhidrat berupa kristal. Ia bahan semula jadi seperti garam dan mineral lain. Memandangkan bentuknya seperti batu, maka ia lebih dikenali sebagai batu tawas.
Kegunaan tawas:
Menghilangkan bau badan tidak menyenangkan, terutama bawah ketiak.
Cara menggunakan tawas ketul.
- Basahkan batu tawas dan kawasan badan berkenaan.
- Sapukan tawas di kawasan berkenaan.
- Sesuai diamalkan selepas mandi ketika bahagian badan masih basah.
- Selepas disapu dengan tawas, tidak perlu lap.
- Biarkan kering dengan sendiri.
- Boleh digunakan berulang kali
Cara menggunakan tawas serbuk
- Dilumurkan terus ke bahagian kulit seperti penggunaan bedak.
- Boleh juga dicampurkan dengan air dan dibiarkan larut.
- Gunakan larutan itu untuk disapu di bahagian badan.
- Larutan itu juga boleh dimasukkan ke dalam penyembur
- Kemudian disemburkan di bahagian badan.
Tawas juga digunakan sebagai bahan penjagaan badan;
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gatal di bahagian badan.
- Antibakteria
Di pasaran terdapat tawas dalam pelbagai bentuk seperti ketul, hancur dan serbuk.
Dapatkan tawas
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/9AKV4vCazz? (ketul)
- https://s.shopee.com.my/W2Wl3zi3m? (hancur)
- https://s.shopee.com.my/3qIyjE8Le8? (serbuk halus)
- https://s.shopee.com.my/20rKXtW38z? (serbuk kasar)
Tawas ketul
Tawas hancur
Tawas serbuk halus
Tawas serbuk kasar


No comments:
Post a Comment