Tawas adalah kelompok garam terhidrat berupa kristal. Ia bahan semula jadi seperti garam dan mineral lain. Memandangkan bentuknya seperti batu, maka ia lebih dikenali sebagai batu tawas.
Batu tawas telah digunakan sejak zaman dahulu untuk pelbagai tujuan atau kegunaan.
Kegunaan tawas:
Merawat atau menghilangkan masalah air berbau dan keruh.
- Ambil kira-kira 200 gram tawas dan dimasukkan di dalam telaga.
- Biarkan ia larut.
- Untuk mudah larut, guna tawas dalam bentuk serbuk.
- Tunggu sehingga tiga hingga empat jam untuk lihat keberkesannnya.
- Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi.
- Boleh digunakan untuk telaga, kolam, telaga tiub dan tangki.
- Ia juga digunakan untuk “membersihkan” kolam ternak ikan.
Menghilangkan bau badan tidak menyenangkan, terutama bawah ketiak.
Guna tawas ketul.
- Basahkan batu tawas dan kawasan badan berkenaan.
- Sapukan tawas di kawasan berkenaan.
- Sesuai diamalkan selepas mandi ketikan bahagian badan masih basah.
- Selepas disapu dengan tawas, tidak perlu lap.
- Biarkan kering dengan sendiri.
- Boleh digunakan berulang kali
Guna tawas serbuk
- Dilumurkan terus ke bahagian kulit seperti penggunaan bedak.
- Boleh juga dicampurkan dengan air dan dibiarkan larut.
- Gunakan larutan itu untuk disapu di bahagian badan.
- Larutan itu juga boleh dimasukkan ke dalam penyembur
- Kemudian disemburkan di bahagian badan.
Tawas juga digunakan sebagai bahan penjagaan badan;
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gatal di bahagian badan.
- Antibakteria
Tawas juga digunakan untuk membilas buah dan sayur-sayuran agar tahan segar lebih lama.
Makanan yang dicampurkan dengan sedikit tawas akan menjadikan ia tidak cepat basi. Selain itu, tawas dimasukkan ke dalam adunan membuat kuih agar lebih kenyal dan tahan lama.
Tawas digunakan dalam proses menjeruk buah-buahan agar buah kekal ranggup dan kenyal.
Dengan kata lain, tawas banyak kegunaan seperti juga garam. Ia tidak membahayakan kesihatan jika tidak digunakan secara berlebih-lebihan.
Mudah kata, anggaplah penggunaannya seperti garam. Kalau menggunakan terlebih garam pasti mendatangkan kesan buruk. Begitu juga penggunaan tawas.
Dapatkan tawas secara dalam talian.
Mudah cepat murah.
Klik palutan di bawah.
2 kg tawas serbuk kasar - https://shope.ee/2q5XEWGgn2
1 kg tawas serbuk halus - https://shope.ee/B4pskwQEs
5 kg tawas serbuk kasar - https://shope.ee/20WU4FzPVM
1 kg tawas serbuk kasar - https://s.shopee.com.my/AUfySIjtxY?
No comments:
Post a Comment