Menanam
pokok kantan tidak sukar. Ia boleh ditanam menggunakan rizom atau biji benih. Tanah yang paling ideal digunakan untuk tanaman ini adalah loam berpasir. Elak tanam di kawasan air mudah bertakung.
Kebiasaannya
ramai yang menggunakan rizom kerana ia lebih cepat mengeluarkan hasil
berbanding dengan penggunaan biji benih.
Untuk
pemilihan rizom sebagai bahan tanaman, pertama sekali anda perlu mencangkul
keluar rizom yang mempunyai sulur dari perdu pokok.
Kemudiannya,
rizom yang diperoleh akan dipotong dan setiap potongan rizom seeloknya
mempunyai 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk menggalakkan pertumbuhan.
Waktu
penanaman sebaiknya diselaraskan dengan musim hujan bagi mendapatkan
pertumbuhan yang sempurna.
Tanaman
ini tidak memerlukan penjagaan rapi. Namun begitu amalan pertanian yang baik
seperti pembersihan kawasan, pembajaan, kawalan musuh dan penyakit masih perlu
diberi tumpuan dari semasa ke semasa.
Tanaman
ini perlu dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan sulur daun yang baru dan
meningkatkan pengeluaran bunga. Bahagian yang dipangkas kebiasaannya adalah
bahagian daun yang telah tua ataupun kekuningan.
Untuk
pengurusan sisa yang teratur, bahagian yang dipangkas itu tidak perlu dibuang
atau dibakar. Ianya masih berguna terhadap tanaman ini. Bahagian yang dipangkas
itu boleh dijadikan sungkupan bagi mengawal pertumbuhan rumpai.
Apabila
bahagian tersebut mereput, ia menjadi sebagai sumber bahan organik yang berfaedah kepada pertumbuhan kantan.
Berdasarkan
pengalaman penanam, tiada penyakit dan perosak yang serius. Sedikit merisaukan
para pengusaha adalah serangan anai-anai jika kawasan penanaman mempunyai banyak kayu reput.
Serangan anai-anai akan menyebabkan pokok menjadi layu dan kekuningan.
Lambat-laun sekiranya tidak dikawal akan mengakibatkan keseluruhan pokok dalam
rumpun yang sama juga terjejas.
Bagi
mengatasi masalah ini, laksanakan semburan racun serangga chlorpyrifos pada
bahagian yang terkena serangan anai-anai.
Pokok
kantan mula mengeluarkan bunga setelah berumur 9 bulan. Bunga kantan yang belum
kembang akan dipetik dengan memotong pada bahagian pangkal sulur sepanjang
30 cm.
Pokok
kantan mengeluarkan bunga sepanjang tahun, oleh itu ia hendaklah dipungut
setiap hari bagi mengelakkan kudup bunga menjadi kembang.
Kebiasaannya,
bunga kantan yang dijual di pasaran adalah yang mempunyai kudup yang masih
tertutup.
Bunga
kantan yang sudah kembang tidak boleh dijual dan ia biasanya akan dibiarkan
begitu sahaja di pokok. Rumpun pokok kantan akan mengelurkan hasil secara berpanjangan.
Dapatkan anak pokok kantan
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/qdzLict67?

No comments:
Post a Comment