Monday 1 July 2024

JALAN BATANG KALI-GENTING KEMBALI DIBUKA

 
Laluan B66 Jalan Batang Kali – Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh pada 16 Disember 2022 yang mengorbankan 31 nyawa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dibuka semula kepada semua pengguna jalan raya pada 1 Julai 2024.

Sebelum ini, jalan itu ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh berkenaan. Sepanjang penutupan, laluan itu masih dibenarkan untuk dilalui pekerja di kawasan Genting Highland.

Kerja-kerja pembaikan cerun dengan kos kira-kira RM19 juta siap pada 15 Jun lepas. Cerun empat tingkat setinggi 25 meter tersebut telah siap dilaksanakan menggunakan kaedah Sistem Terralink Wall. Sistem ini merupakan yang pertama kali digunakan di kawasan Batang Kali.

No comments:

Post a Comment