Sunday 16 June 2024

MERIAHNYA PERSIAPAN SAMBUTAN AIDILADHA DI KELANTAN

 
Sambutan Aidiladha di Kelantan diakui meriah. Sebab itu, anak Kelantan yang merantau akan berusaha sedaya mungkin untuk pulang berhari raya di kampung halaman bersama-sama ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara.
 
Biarpun cuti sambutan Aidiladha di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak dan Pulau Pinang yang terdapat banyak anak Kelantan mencari makan di sana, hanya sehari, anak Kelantan akan sedaya upaya untuk kembali menyambut Aidiladha di Kelantan. Mereka akan memohon cuti khas untuk menambah bilangan hari cuti.
 
Kalaupun tidak mendapat cuti tambahan, mereka sanggup untuk kembali ke tempat tinggal masing-masing pada malam hari raya pertama. Biarpun hanya beberapa jam atau tidak sampai 24 jam bersama keluarga, ia disanggap sudah berbaloi biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang lama ketika pulang ke kampung dan balik semula ke tempat tinggal.
 
Sambutan Aidiladha di Kelantan memang meriah. Biarpun diakui tidak semeriah sambutan Aidilfitri, ia masih dianggap cukup meriah, jauh meriahnya berbanding di negeri-negeri lain.
 
Perantau yang pulang akan bergabung tenaga untuk melakukan persiapan juadah untuk sambutan Aidilfitri. Ketupat bucu tiga segi, tapai, nasi dagang dan hidangan lain menjadi hidangan isitimewa di Kelantan.
 
Kemeriahan tersebut belum lagi masuk program ibadat korban. Keluarga besar biasanya menguruskan sendiri program ibadat korban melibatkan seekor atau dua ekor lembu. Jadi, semua ahli keluarga akan kembali untuk memastikan program tersebut berjalan lancar.  



Gambar - Persiapan juadah untuk hidangan pagi Aidiladha keluarga Kisma PB


No comments:

Post a Comment