Tuesday 2 July 2024

KERJA MEROBOH STADIUM SHAH ALAM

 
Kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam sedang giat dilakukan oleh kontraktor Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) selepas syarikat pemaju menerima permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
 
Kerja merobohkan yang bermula 1 Julai 2024 itu dijangka mengambil masa setahun ini dilakukan secara konvensional menggunakan jentera dengan meminimumkan bunyi dan habuk.
 
Stadium Shah Alam yang dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1994 dengan kapasiti 80,372 orang.
 
Ia akan digantikan dengan stadium berwajah baharu yang lebih moden berkapasiti 35,000 sehingga 40,00 orang.
 
Dengan nama baharu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), fasiliti ini bakal memiliki padang boleh alih (retractable pitch) pertama di Malaysia, pusat latihan, dan kemudahan canggih lain bertaraf dunia. Selain itu, KSSA turut disokong pembinaan hotel, pusat beli-belah serta bangunan komersial yang boleh menjana ekonomi.

Dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029, ia turut akan dilengkapi dengan teater tertutup untuk aktiviti kebudayaan dan konsert serta rekreasi untuk seisi keluarga selain Pasar Ahad turut dimodenkan.

No comments:

Post a Comment