Tuesday 4 June 2024

EMPAT NASIHAT PENTING KEPADA PENIAGA BAHARU

 
Terdapat sekurang-kurangnya empat empat nasihat penting untuk peniaga baharu:
 
- Jangan sesekali berhenti berusaha dan mencuba kerana kita tak tahu percubaan kita yang mana dan yang keberapa yang akan membuahkan hasil. Kadang-kadang kita dah mencuba 18 kali, namun kali ke 19 tu jugak yang menjadi. Dan siapa sangka percubaan yang ke-19 tu sangat berhasil sehingga berjaya menutupi semua kerugian yang 18 kali tu..
 
- Jangan tunggu sempurna baru nak bermula. Bermulalah dengan apa yang ada dan sampai waktu yang ditetapkan-Nya, ia akan jadi makin sempurna..
 
- Jangan malu bermula kecil kerana yang kecil tu akan menjadi besar. Tak semestinya kena bermula besar untuk jadi besar kerana kebanyakan bisnes terbesar di dunia sekarang ni bermula kecil di stor rumah mereka..
 
- Nak dapatkan sesuatu yang besar kena berani. Tapi jangan berani bodo..
 
Bisnes ini indah bagi yang bersabar dan yang tak berputus asa..
 
Abd Hakim Awang
- D’Apple

No comments:

Post a Comment