Sunday 2 October 2022

SEJARAH KEKEJAMAN BINTANG TIGA

  
Bintang Tiga atau MPAJA yang dipimpin Parti Komunis Malaya (PKM) telah membentuk unit yang pertama di negara ini (First Independent Regiment) di Serendah, Selangor pada Mac 1942. 
 
Hampir keseluruhannya ahlinya dianggotai oleh pemuda berbangsa Cina, tiada pemuda Melayu atau India, walaupun kononnya logo Bintang Tiga adalah simbolik tiga kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. 
 
Seramai 2,542 orang telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas Bintang Tiga dalam tempoh 14 hari (purata 181 orang dibunuh setiap sehari) semasa mereka mengambil alih kuasa di Semenanjung Tanah Melayu apabila Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua. 
 
Bacalah perangai jijik dan jahat Bintang Tiga ini dalam buku yang terkenal terbitan DBP yang berjudul 'Panglima Salleh Selempang Merah' karya Sasterawan Zaharah Nawawi yang menceritakan kisah benar yang terjadi di kampungnya sendiri semasa era Bintang Tiga. 

No comments:

Post a Comment