Monday 12 September 2022

TIGA PESANAN ORANG TELAH KAYA RAYA

  
Tiga perkara jangan dibuat mengikut orang yang telah kaya raya sebelum anda benar-benar telah menjadi kaya dan raya. 
 
1. Jangan beli kereta mahal atau mewah harga berjuta. TIdak ada maknanya pikul beban kecuali syarikat anda telah untung beratus juta. 
 
2. Tidak perlu gila-gila membeli barang berjenama. Bag, kasut dan pakaian. Tidak perlu beria sangat hendak memberitahu dunia bahawa anda "orang kaya" 
 
3. TIdak melancong dan berjalan ke sana ke sini dengan tujuan mahu tunjuk gaya hidup, kecuali sekali sekala bawa anak dan keluarga untuk berjalan-jalan. 
 
Ingat, langit tidak selalu cerah. Pastikan ada simpanan mudah tunai 36 bulan untuk menampung kehidupan ketika sukar yang datang silih berganti. 
 
Itu kata orang telah berjayalah. Ambo tukang kongsi pesanan sahaja.

No comments:

Post a Comment