Tuesday 11 October 2022

PISANG RAJA UDANG KAYA KHASIAT

 
Pisang merah atau lebih dikenali sebagai pisang raja udang ini mempunyai mitos yang tersendiri iaitu di sebalik kisah pisang ini yang mempunyai kulit luar berwarna merah.
 
Secara faktanya, pisang ini mengandungi khasiat yang hebat untuk kebaikan kesihatan.
 
Pisang merah ini bersaiz agak besar berbanding dengan pisang lain. Bahkan lebih besar daripada pisang emas yang menjadi kesukaan kebanyakan orang. Kulit luar pisang ini agak tebal dan berwarna merah keungguan. Rasa pisang ini manis dan sedikt masam.
 
Kebaikan pisang raja udang:

- Baik untuk hati
Pisang merah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan hati di dalam tubuh. Ia ada gizi yang mencukupi untuk menyihatkan hati.
 
- Menambah tenaga
Pisang memang diakui sebagai sumber makanan dari alam semulajadi yang memberikan tenaga dengan cepat. Jika anda seoran yang aktif bersukan atau aktiviti lasak, pastikan pada sarapan pagi anda dengan pisang.
 
- Makanan antirabun
Makan pisang merah secara konsisten boleh membantu untuk elak masalah rabun mata. Kandungan vitamin A yang tinggi dalam serat pisang ini boleh menajamkan penglihatan, dan mengurangkan risiko daripada terkena rabun mata.
 
- Bagus untuk ibu hamil
Pisang merah sangat bagus untuk ibu hamil. Ia akan bantu dalam penghasilan asid folid yang memang diperlukan oleh ibu ketika proses kehamilan 9 bulan 10 hari. Malah ia dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya di awal peringkat kehamilan.
 
- Nutrisi terbaik untuk tulang dan gigi
Bagus untuk kesihatan dn kekuatan tulang dan gigi. Anda tidak perlu minum susu formula hanya dengan mengamalkan pengambilan pisang ini sahaja.
 
- Menyihatkan jantung
Pisang ini juga dikatakan boleh memberikan kesan sangat positif untuk kesihatan jantung untuk jangka masa panjang. Jika anda ambil secara rutin, dan tidak terlebih makan, ia akan beri impak yang baik untuk kesihatan jantung anda.
 
- Bagus untuk mereka yang ingin berhenti merokok
Percaya atau tidak, pengambilan secara rutin akan membantu perokok yang berazam untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin C, magnesium dan juga kalium dalam buah ini akan membantu mengurangi keinginan untuk merokok atau candu nikotin yang ada pada perokok.

No comments:

Post a Comment