Monday 8 August 2022

NORWAY BERMAKSUD JALAN KE UTARA

  
Norway bermaksud "jalan ke utara". Beribu-ribu tahun dulu kala, negara ini tersembunyi di bawah lapisan ais yang sangat besar. Untunglah kita semua lahir zaman negara ni dah wujud. Kalau ais tak cair, belum tentu kami sampai sini. 
 
Bab paling best fasal Norway ni mestilah tentang keindahannya yang tak pernah kedekut dalam memberikan kami kejutan! 
 
Sifat muka buminya sangat menakjubkan dan aset utama Norway adalah kekayaan alam semula jadinya yang sangat memukau dan pasti membuat kita jadi jatuh cinta pada pandangan pertama. 
 
Malangnya, ramai dari kalangan kita hanya tahu negara ni selalu dikaitkan dengan kisah kapal dan Viking. Padahal Orang Norway sendiri memperjuangkan keterbukaan minda dalam masyarakat mereka, jadi bagi siapa yang plan nak mengembara ke sini baik kenali dulu sejarah mereka dan budayanya. 
 
1. Di Norway, pendidikan dan budaya adalah misi utama. Di sini untuk pertama kalinya di dunia, pada tahun 1979, pendidikan rendah wajib diperkenalkan. 
 
Di sekolah rendah, mereka mengajar bukan sahaja bahasa Inggeris (dari kelas pertama), tetapi selain mata pelajaran sekolah tradisional - ekologi dan seni. 
 
2. Dikatakan, Norway membelanjakan tiga kali lebih banyak untuk pendidikan, dan empat kali lebih banyak untuk penjagaan kesihatan daripada pertahanan. Pada masa yang sama, Angkatan Udara Norway melindungi bukan sahaja sempadan negara mereka, tetapi juga ruang udara Iceland, yang sama sekali tidak memiliki tentera sendiri. 
 
3. Ribuan pelancong datang ke Norway setiap tahun untuk menaiki kereta api Flåm 20 km yang unik. Dari tingkap kereta api kita dapat melihat gunung, air terjun, sungai, tasik dan fjord. 
 
Kereta Api Flåm dianggap sebagai salah satu teknik marketing mereka yang betul. Cuma ini dari sudut kepentingan pelancongan sahaja. Kalau nak betul-betul rare, buat macam kami ni. Rembat kereta sebiji, pusing Norway puas-puas. 
 
4. Kalau korang nak tahu, penduduk Norway ni tak ramai mana pun. Kurang daripada 5 juta orang. 
 
Lebih daripada 1.5 juta orang Norway tinggal di ibu kota Oslo dan pinggir bandarnya. Mana-mana bandar dengan jumlah penduduk lebih dari 30 ribu dianggap besar. 
 
Tapi… tapi.. baca bahagian ni slow-slow dan fahamkan. 
 
SUKU DARIPADA PENDUDUK NORWAY ADALAH JUTAWAN. Maksudnya 1.25 juta adalah mereka yang hidupnya goyang kaki saja tengok kita dok masuk ke negara dia. Sebab tu kalau tengok kereta kat atas jalan Norway ni bukan biasa-biasa. Dari situ saja kita boleh tahu cara hidup masyarakat mereka. 
 
Paling win, rumah asal mereka lebih kurang rumah orang Melayu saja. Atas bukit celah pokok, rumah dibuat dengan papan je. Tapi bila bab naik kereta jangan terkejutlah. Dunia ni mereka yang punya. 
 
Itulah dia Norway, berkat Gulf Stream yang hangat, iklim di Norway agak sederhana dan ketika musim panasnya tidaklah terlalu panas. Kami kat sini boleh kata setiap hari hujan. Tak tahulah nanti macam mana. 
 
Kalau nak tahu, orang Norway ni mereka sangat suka dan menghargai laut. Mereka memilih untuk tinggal 200-300 meter dari perairan. Itu sebab banyak rumah singgah mereka di tepi tasik dan sungai. 
 
Mereka yang tinggal di kawasan pedalaman masih membeli rumah kedua di tepi laut. Bot atau perahu yang kita nampak kat tepi dek tu, 80% dimiliki oleh penduduk Norway. Bersepah tepi pantai kat Oslo tu Yatch besar depa punya. 
 
Jadi kalau datang ke sini, kita akan nampak kualiti gaya hidup masyarakatnya serba mewah, kaya, sangat bersih dan bertamadun. Lihat saja segala mak nenek teknologi yang dibangunkan di sini. Boleh menangis bila fikirkan balik, macam mana mereka sangat kreatif mengolah kecanggihan menggabungkan alam dengan dunia moden tanpa merosakkan keindahan ciptaan Allah ni. 
 
Salute betul! Terima kasih kerana share. 
 
Shauqi Hasan 
Stryn, Norway.

FB

No comments:

Post a Comment