Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar.
Secara
tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas
yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat
berada di bawah titik beku air tulen.
Walaupun
istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan
makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci
mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu.
Ada
berpendapat aiskrim boleh digunakan untuk menghilangkan ketidakselesaan pada
tekak akibat batuk. Meskipun masih belum dapat disahkan kesahihannya, ramai
individu yang menggunakan petua ini setiap kali sakit tekak dan ia mungkin
tepat!
Sakit
tekak adalah satu keadaan kesihatan di mana tekak akan berasa sakit, kering dan
gatal akibat beberapa perkara.
Tekak
tidak selesa juga merupakan salah satu penyakit tiga sekawan iaitu sakit tekak,
demam dan selesema.
Ia
mungkin akan datang dan pergi tanpa diduga dan biasa bertahan selama beberapa
hari sahaja jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan.
Puncanya
tentu sekali disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus, alergi dan udara
yang telah tercemar lantas anda terhidunya.
Dengan
kata lain, aiskrim itu sebenarnya tidak mengubat sakit tekak, tetapi sekadar
melegakan dan kemudian sakit tekak itu hilang kerana telah tiba masa ia sembuh,
bukan kerana makan aiskrim.
Namun, apa salah mencuba sesuatu yang menyedapkan!!!
No comments:
Post a Comment