Umat Islam tidak bersatu. Akibatnya keadaan
menjadi lemah dan mudah diperkudakan oleh puak lain. Lihat saja senario politik
negara. Orang Islam berpecah kepada banyak parti. Perbuatan saling melagakan
antara satu sama lain semakin menjadi-jadi.
Akibat berada di bawah kawalan pihak lain, sanggup menafikan peranan atau kuasa
yang dimiliki. Mereka sanggup menentang perkara yang mendatangkan kebaikan
kepada umat Islam. Perbuatan itu semata-mata kerana tunduk kepada permintaan
bukan Islam.
Amat lemah sekali kedudukan orang Islam. Sudahlah tidak memiliki kekayaan,
kuasa yang ada pun sanggup dipergunakan oleh pihak lain.
Bersatulah umat Islam tidak kira di mana berada. Itu satu perintah Allah.
Sesiapa ingkar dan lebih suka kepada keadaan berpecah belah, maka bermakana
telah menolak suruhan agama.
No comments:
Post a Comment