Thursday, 19 May 2022

KAMPUNG AIR TAWAR PASIR PUTEH

  
Gambar Terusan Semerak; sebelah kiri Kampung Tok Bali, kanan Kampung Air Tawar. Kampung Air Tawar, merupakan salah sebuah kampung di jajahan Pasir Puteh. Kedudukannya dalam daerah Semarak, bersebelahan dengan Kampung Tok Bali. 
 
Kampung Air Tawar termasuk dalam kawasan pembangunan Terusan Semarak, yang lebih dikenali sebagai kawasan Tok Bali, maka nama Kampung Air Tawar seakan-akan tenggelam, kecuali di kalangan penduduk setempat. 
 
Nama Tok Bali lebih dikenali kerana adanya pelabuhan perikanan Tok Bali, Pangkalan Maritim Tok Bali dan pelbagai lagi nama yang menggunakan nama Tok Bali berada di sekitar kampung tersebut. 
 
Tok Bali sebenarnya nama kampung yang terletak berhampiran Kampung Air Tawar di seberang Terusan Semerak. 
 
Kedua-dua kampung ini dihubungi oleh Jambatan Tok Bali yang menjadi ikon kepada kawasan Tok Bali. Jambatan itu dibina melengkung merentasi Terusan Semerak yang juga dikenali Sungai Semerak. 
 
Nama Kampung Air Tawar tenggelam kerana faktor nama sesuatu tempat biasanya 'dikuasai' oleh nama tempat berhampiran yang lebih dikenali. 
 
Maka itu, banyak orang merujuk atau menyebut nama sesuatu tempat mengikut nama yang mudah dikenali oleh pihak lain. 
 
Akibat itu ada nama sebenar tempat itu terus hilang dari pengetahuan orang ramai, kecuali penduduk setempat dan kekal tertulis di geran hak milik tanah. 
 
Apapun nama dikenali, Kampung Air Tawar yang dulunya terpinggir arus pembangunan, kini antara kawasan mendapat perhatian ramai. 
 
Pembangunan berhampiran kawasan itu rancak berlaku dan membawa rahmat besar kepada penduduknya.

No comments:

Post a Comment