Tuesday 24 May 2022

KATA MAJMUK DIEJA DUA PERKATAAN

 
Kata majmuk ialah gabungan dua kata dasar atau lebih dan menghasilkan satu makna khusus. Kata majmuk dieja dua perkataan apabila kedua-dua perkataan boleh berdiri sendiri (membawa makna). Contohnya ubi kayu dieja dua perkataan kerana perkataan "ubi" dan "kayu" boleh berdiri sendiri. 
 
Bagaimanapun ada pengecualian kata majmuk yang mantap seperti suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab. 
 
Satu lagi kata majmuk yang dieja satu perkataan apabila ada perkataan ‘juru’. Definisi ‘juru’ ialah orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara. 
 
Biarpun perkataan ‘juru’ boleh berdiri sendiri (membawa makna), ia dieja satu perkataan dengan perkataan kedua. Contohnya, jurulatih, jurupandu, juruterbang, juruukur, jurucakap dan juruacara.

No comments:

Post a Comment