Bersukan,
beriadah, bersenam atau melakukan aktiviti kecergasan satu keperluan bagi setiap
orang tanpa mengira umur. Namun, rakyat Malaysia didapati malas bersenam atau
beriadah biarpun banyak kempen kesedaran dilakukan mengajak rakyat mengamalkan
cara hidup sihat.
Menurut
kajian, hanya kira-kira 25 peratus rakyat Malaysia terbabit dalam aktiviti
senaman dan riadah secara berkala. Akibat sikap tidak suka bersenam itu memberi
kesan buruk dan masalah kepada kesihatan.
Rakyat Malaysia yang tidak melakukan aktiviti riadah dan kercergasan fizikal
terdedah pelbagai penyakit yang membunuh secara senyap seperti kencing manis,
kegemukan dan darah tinggi.
Kadar
penyakit yang membabitkan jantung juga meningkat akibat kurang bersenam.
Menurut laporan terbaru, 6.2 juta penduduk dewasa kita mempunyai kolesterol
tinggi, 5.8 juta menghidap darah tinggi dan 2.6 juta menghidap diabetes.
Kaum
Melayu dan India amat kurang beriadah berbanding kaum Cina di negara ini.
Pergilah ke mana-mana pusat riadah terbuka, peratus kaum Cina yang aktif lebih
tinggi berbanding kaum lain.
Bersukan
atau bersenam penting untuk membantu mengaktifkan otot-otot badan untuk
meningkatkan kelancaran pengaliran darah dan ketahanan badan.
Kelancaran
pengaliran darah ke seluruh badan penting bagi pengangkutan horman dan zat
pemakanan.
Pengaliran
darah yang tersekat dan lemah akan mengakibatkan organ-organ badan tidak
berfungsi dengan baik yang menyebabkan penyakit berbahaya berkaitan pengaliran
darah.
Aktiviti
badan yang aktif meningkatkan kadar metabolisma badan dan pembakaran lemak. Ini
dapat mengatasi masalah kadar berat badan berlebihan atau obesiti. Keadaan
badan mengalami obesiti mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.
No comments:
Post a Comment