Wanita
hari ini terlalu dimomokkan dengan kepentingan menjaga kecantikan baik rupa
paras, rambut mahupun penjagaan tubuh badan agar kelihatan lebih muda, bergaya
dan langsing. Namun, apakah kecantikan adalah segala-galanya dalam hidup ini
dan hukumnya menurut pandangan Islam?
Warna
hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun
masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah
makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Pengecualian
dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau
diizinkan oleh suami.
Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk
suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita
yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias mempamerkan rambut
kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.
Hukum mewarna rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna,
jenis-jenis warna dan pihak yang terlibat dalam kegiatan mewarna serta kesannya
kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Mewarna
rambut bagi wanita hanya dibolehkan kepada mereka yang bersuami dan memakai
tudung. Tujuan mewarna pula adalah untuk mencantikkan diri untuk suami dan
mengeratkan tali perkahwinan itu dengan memperindahkan diri hanya untuk
tontonan suami.
Dalam
Islam, ini dibenarkan kerana rambut yang diwarnakan bukan untuk tontonan orang
lain dan ia bukan suatu yang kekal, hanya bertahan selama empat bulan sahaja
atau sehingga tumbuh rambut baru. Mewarna rambut tidak mengubah ciptaan Allah
kerana ia tidak kekal.
Namun
begitu, kini dilihat trend mewarna rambut menjadi kegilaan hampir ke semua
peringkat wanita dari remaja hingga dewasa.
Penggunaan
pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu boleh
menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib sah, tidak mengandungi bahan
yang kemudaratan pada kulit dan bahan tidak bercampur dengan najis.
Justeru
itu, semua pewarna rambut yang bertanda halal yang berada di pasaran boleh
digunakan kerana telah menepati syarat itu.
No comments:
Post a Comment