ROHM
WAKO adalah antara kilang terawal yang beroperasi di kawasan perindustrian
Pengkalan Chepa semenjak 1989. Ketika beberapa buah syarikat antarabangsa telah
memindahkan operasi ke negara lain, ROHM WAKO terus kekal teguh di tapak
asalnya.
ROHM
telah ditubuhkan pada Kyoto pada tahun 1958 sebagai mulanya pengeluar komponen
elektronik kecil. Pada tahun 1967 pengeluaran telah diperluaskan untuk
memasukkan transistor dan diod, dan pada tahun 1969, IC dan produk semikonduktor
lain mula dibuat.
Pada
tahun 1971, syarikat mula memasuki pasaran Amerika Syarikat dengan menubuhkan
pejabat jualan dan pusat reka bentuk IC di Silicon Valley. Melalui kerja keras
dan dedikasi ghairah tenaga kerja muda, perniagaan mula berkembang, di luar
negara serta menjadi model untuk syarikat-syarikat lain di Jepun.
Perkataan
ROHM berasal daripada Resistor dan unit OHM. Apabila digabungkan menjadi ROHM.
Di
Malaysia, kilang ini dikenali dengan nama ROHM WAKO Electronics Malaysia Sdn
Bhd. Pada mulanya, ianya terletak di Shah Alam kemudian berpindah ke Pulau
Pinang dan akhirnya sekarang kekal di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa
Kota Bharu Kelantan.
ROHM
WAKO di Malaysia dikendalikan oleh ROHM WAKO Japan yang berpusat di Kasaoka
City, Okayama Japan yang mana anak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1966.
Penubuhan kilang ini di Malaysia ialah pada 13hb Mac 1989.
Pada
tahun 2016, satu pejabat operasi dan kilang pembuatan baru telah dibina bagi
meningkatkan lagi pengeluaran produk baru daripada kilang ini. Nama kilang ini
juga telah ditukar kepada ROHM Semiconductor Sdn Bhd yang mana semua proses
pengurusan telah diambil alih oleh ROHM Semiconductor Japan, bukan lagi di
bawah seliaan ROHM Wako Japan.
Antara
keluaran produk-produk kilang ini ialah glass diode, LED, PSM diode dan PMDU
diode. Komponen produk ini selalu digunakan dalam industri elektronik seperti
telefon bimbit, kenderaan dan juga television serta kamera.
ROHM-Wako
Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (RWEM), membesarkan fasiliti komponen
elektroniknya di Kelantan dengan pelaburan bernilai RM910 juta.
Pelaburan
ini dijangka mewujudkan lebih 340 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Projek
pembesaran ini amat penting untuk pertumbuhan perniagaan dan inovasi syarikat
secara berterusan.
Dengan
adanya tenaga kerja yang berkemahiran dan berdaya saing, RWEM yakin dengan
keputusan untuk terus melabur di negara ini.
Bangunan
baharu yang akan dibina dalam premis sedia ada RWEM bakal memenuhi permintaan
semikonduktor yang tinggi dan menggalakkan sistem pengeluaran pelbagai lokasi
bagi Integrasi Berskala Besar (LSIs), dan transistor selaras dengan Pengurusan Kesinambungan
Perniagaan (BCM).
Pembangunan
fasiliti baharu ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran keseluruhan
kira-kira 1.5 kali ganda.
Fasiliti
baharu ini akan dibina setinggi tiga tingkat dengan keluasan 29,580 meter
persegi pada suku pertama 2022 dan dijangka akan siap menjelang Ogos 2023.
Bangunan
baharu ini akan dilengkapi dengan teknologi penjimatan tenaga bagi mengurangkan
kesan terhadap alam sekitar dan dijangka dapat mengurangkan pelepasan karbon
dioksida kira-kira 15 peratus, sekali gus mengukuhkan sistem BCM yang menggunapakai
pelbagai langkah kalis bencana dengan teknologi terkini.
Projek
pembesaran ini juga akan meningkatkan kapasiti komponen transistor garis lebar
dan pemacu litar bersepadu yang secara amnya digunakan dalam kenderaan elektrik
(EV) dan kereta hibrid.
Komponen-komponen
ini juga akan digunakan untuk pengeluaran semikonduktor diskret sedia ada
seperti diod, diod pemancar cahaya (LED), dan diod laser yang digunakan dalam
pelbagai produk perkakasan elektronik seperti audio and video, televisyen,
komputer riba serta telefon bimbit.
Ini
adalah selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 yang memfokuskan
pembangunan teknologi baharu dalam sektor mobiliti masa hadapan.
Projek
pembesaran ini menandakan keyakinan syarikat terhadap keupayaan bakat tempatan
di dalam bidang kejuruteraan dan juruteknik yang berkemahiran tinggi.
Prestasi
pelaburan ROHM-Wako di Malaysia adalah memberangsangkan dengan kemudahan
fasiliti perkilangan baharu ini bagi menjana peluang pekerjaan untuk bakat
tempatan, menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat serta merancakkan
pembangunan komersial di negeri Kelantan.
Assalamualaikum encik Lokman Ismail bolehkah saya tahu bagaimana encik Lokman mendapatkan maklumat mengenai kilang Rohm Wako ini, saya tertarik untuk membuat kajian berkaitan sejarah kilang ini sebagai tajuk kajian projek akhir tahun
ReplyDelete