Nama
kucing galak bukan bermaksud kucing bersikap galak atau aktif. Sebaliknya, kucing
galak (Acalypha Indica) merupakan satu tanaman herba yang berkhasiat.
Pokok
kucing galak juga dikenali dengan nama pokok ceka emas atau pokok chika emas.
Jika di Indonesia ia dipanggil sebagai kucing-kucingan atau rumput bolong-bolong”.
Dinamakan
kucing galak ada kaitan dengan akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing
walaupun dari jauh. Kucing akan memakan akar kucing galak dengan berselera
sekali. Akar kucing galak merupakan tonik tenaga kepada kucing seperti tongkat
ali untuk manusia.
Pokok
kucing galak tumbuh liar di negara yang beriklim tropika. Pokok ini memiliki
batang yang lembut serta berdaun dan berbuah hijau.
Pokok
ini selalunya senang tumbuh di kawasan terbiar berpasir, berhumus tinggi serta
terdedah dengan cahaya penuh matahari. Selain itu, ia senang tumbuh di kawasan
penempatan, pinggiran jalan dan kawasan lapang yang bercerun.
Khasiat
pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun. Anda boleh
menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat
ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.
Kandungan:
Akar-
mengandungi saponin dan tannin
Batang-
mengandungi flavonoida, saponin dan tannin
Daun-
mengandungi minyak asiri, saponin dan tanin
Bahagian-bahagian
dari tumbuhan ini memiliki fungsi yang cukup besar dalam menangani beberapa
penyakit yang menyerang manusia.
Secara
umumnya, cara mendapat manfaat kucing galak ialah:
-
Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
-
Bersihkannya terlebih dulu.
-
Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
-
Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Kemudian,
anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Ulser
Mulut
Gunakan
air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan
itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
Amalkan
sehingga anda sembuh.
Penyakit
Kulit
Basuh
kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini
setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Menguatkan
Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda
tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan
meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah
segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama
dengannya.
Kutu
Air, kudis, pelbagai penyakit kulit, sakit mulut:
Pokok
kucing tanpa akar direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih selama 15 minit.
Cuci bahagian yang dijangkiti dengan air suam ini.
Sembelit-
Sepokok
kucing termasuk akarnya dibasuh dan direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit
dan bila suam diminum(tapis terlebih dahulu)
Perut
memulas, penyakit pendarahan
30-60
g pokok kucing kering termasuk akar dibasuh dan direbus dengan 3 gelas air
hingga tinggal 1 gelas. Selepas sejuk , air ditapis dan diminum ½ gelas waktu
pagi dan ½ gelas waktu petang. Lakukan sehingga sembuh
Luka,
bisul, radang kulit
Tumbuk
pokok kucing tanpa akar beserta 1 sudu the gula pasir hingga lumat. Tampal
bahan tersebut di bahagian yang sakit.
No comments:
Post a Comment