Buah
mesta atau nama saintifiknya Garcinia mangostana merupakan salah satu daripada
varieti manggis. Sekali pandang, bentuk buah mesta seakan buah manggis. Warna
dan isi buah mesta sama seperti buah manggis.
Namun,
terdapat perbezaan bentuk di antara buah mesta dengan manggis. Buah mesta
berbentuk tirus lonjong dan bahagian bawahnya agak tajam sedikit. Manakala buah
manggis lebih bulat atau bulat dempak. Buah mesta juga mempunyai rasa yang
lebih enak, manis dan lebih kering (kurang berjus).
Satu
lagi perbezaan buah mesta ini ialah kebanyakkan orang berpendapat ia mempunyai
sedikit getah jika dibandingkan dengan manggis biasa.
Buah
mesta dipercayai berasal dari daerah Temerloh, Pahang dan kini telah dibiakkan
sebagai sejenis tanaman buah komersil secara monokrop.
Buan
mesta ini memang berbeza dengan buah manggis dari segi beberapa ciri marfologi
dan sebagainya. Mesta agak berbeza dengan pokok manggis dari segi struktur
buah, pokok, saiz dan beberapa ciri khusus lagi.
Pokok
mesta lazimnya kecil sedikit dan rendah berbanding dengan pokok manggis
bergantung kepada cara pengurusan. Terdapat banyak daun yang lebat dan ianya
rimbun dengan saiz daun agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan pokok
manggis.
Jika
dilihat isinya, mesta mempunyai susunan ulas yang hampir sekata di mana tidak
ada yang berbiji besar seperti buah manggis. Lazimna ia mempunyai 6 ulas isi
berwarna putih bersih dengan rasa amat manis. Buah mesta mempunyai sedikit
getah walau pun baharu dipetik.
Pokok
mesta mengeluarkan hasil setelah empat tahun ditanam dan dijaga dengan baik. Ia
boleh ditanam menggunakan biji benih atau benih cantum.
Perlu
diingatkan, buah mesta tidak sama dengan buah ‘seto’ dalam dialek Kelantan.
Buah seto adalah merujuk kepada buah manggis.
No comments:
Post a Comment