Istiqamah
ialah ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus, terutamanya
dlam urusan agama.
Untuk
mendapat kebaikan dan jaminan balasan syurga, hendaklah kita tetap dengan
pegangan agama secara istiqamah. Urusan agama dilakukan tanpa lelah atau bosan
biarpun telah dilakukan sekian lama sejak awal usia mudah lagi sehingga umur
tua.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Robb kami
ialah Allah”, kemudian mereka tetap beristiqamah, maka tidak ada kebimbangan terhadap
mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita, mereka itulah penghuni-penghuni surga,
mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan
(di dunia)”
(Surah Al Ahqaaf, ayat 13-14)
(Surah Al Ahqaaf, ayat 13-14)
Akan
tetapi bagaimana pun juga seorang hamba tidak mungkin untuk senantiasa terus
dan sempurna dalam istiqamahnya. Terkadang seorang hamba luput dan lalai yang
menyebabkan nilai istiqamah seorang hamba menjadi berkurang.
Oleh
kerana itu, Allah memberikan jalan keluar untuk memperbaiki kekurangan tersebut
iaitu dengan beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT dari dosa dan kesalahan.
Allah
SWT berfirman yang bermaksud: “Maka beristiqamahlah (tetaplah) pada jalan yang
lurus menuju kepada Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya”.
(Surah Fushshilat, ayat 6)
(Surah Fushshilat, ayat 6)
Tidak
dinafikan tahap keimanan selalu berubah seperti ombak yang tinggi rendah. Namun,
dengan istiqamah kita tidak akan jauh terpesong dari jalan yang lurus.
Kita
tetap melakukan kebaikan biarpun kurang daripada biasa. Dan terkadang-kadang
terbabas melakukan dosa, namun tidak pula sehingga kita lupa untuk bertaubat atau
memohon ampun dari Allah. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-Nya.
Ingatlah,
syaitan sentiasa mendampingi kita agar melakukan perkara buruk dan dosa, serta
meninggalkan atau meringankan perkara kebaikan.
Sesungguhnya
amat sukar untuk istiqamah, tetapi itulah yang perlu dilakukan agar kita
menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment