Menternak
ayam satu amalan biasa di kalangan rakyat Malaysia pada masa dahulu, terutama
di kampung-kampung. Ayam dibiarkan hidup bebas di sekitar rumah dengan diberi
makan sisa makanan serta dedak dari sekam padi. Penternak mendapat hasil telur
ayam dan daging yang dijadikan lauk.
Namun,
penternakan ayam semakin berkurangan apabila berlaku pertambahan tempat tinggal
di satu-satu kawasan. Pemeliharan ayam secara bebas lepas tidak lagi sesuai
kerana mengganggu jiran, terutama sikap ayam yang sukan mencakar-cakar
merosakan tanaman dan membuang najis merata-rata.
Tambahan
pula, penduduk tidak perlu mengharapkan telur dan daging ayam yang diternak
sendiri. Lebih mudah membeli ayam dan telur yang dijual di pasar.
Ayam
yang diternak untuk mendapatkan daging dinamakan ayam pedaging atau ayam bandar
dan ayam diternak untuk mendapat telur dipanggil ayam penelur. Manakala yang
diternak bebas di kampung untuk mendapat telur dan daging dipanggil ayam
kampung
Sekarang
ini permintaan terhadap ayam kampung semakin meningkat. Ayam kampung juga dikenali
ayam organik kerana membesar secara semulajadi tanpa suntikan dan makan sumber
organik.
Untuk
memenuhi permintaan yang tinggi, selain untuk kegunaan sendiri, kini semakin
ramai orang menjadikan aktiviti penternakan ayam kampung sebagai satu hobi mahupun
usaha mencari rezeki atau pekerjaan utama.
Keistimewaan
ayam kampung:
-
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
-
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
-
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
-
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
-
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
Reban
diperlukan untuk ayam berteduh ketika hujan dan tidur waktu malam. Jika
diternak banyak, reban dapat mengelak ayam kampung bebas berkeliaran yang boleh
mengganggu jiran dan mengotorkan kawasan.
Reban
juga penting untuk ibu bertelur dan seterusnya mengeram telur sehingga menetas.
Telur yang diram akan menjadi temelar atau rosak jika terkena air hujan ketika
proses mengeram.
Keluasan
reban bergantung kepada bilangan ayam kampung yang ingin diletakkan di
dalammnya. Secara kiraan mudah, seekor ayam memerlukan keluasan 1 kaki persegi.
Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4
kaki x 5 kaki memadai.
Ayam
kampung makan tidak cerewet. Semua jenis dimakan. Namun, untuk memastikan tumbesaran
sempurna, pemberian makanan berkhasiat dan mencukupi amat perlu.
Antara
jenis makanan yang sesuai untuk ayam kampung ialah:
-
Makanan campuran atau sisa makanan
-
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
-
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
-
Ikan baja dan lain-lain
Jenis
penyakit ayam kampung:
-
Sampar ayam (ND)
-
Penyakit Gumboro (IBD)
-
Puru
-
Salmonellosis
-
Pasteurellosis
Tanda-tanda
ayam berpenyakit:
-
Kurang nafsu makan
-
Monyok dan tidak aktif
-
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
-
Muka bengkak
-
Berak cair atau berdarah
-
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
Sekiranya
ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada
pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan untuk mengelak ia merebak.
Bolehkah untuk mendapatkan ayam kg kacuk/Kg Mardi/ayam organik?
ReplyDelete