Sunday 9 February 2020

PATUNG BUDDHA TIDUR WAT PHOTIVIHAN TUMPAT

Keberadaan kaum Siam di Tumpat jelas kelihatan dengan kewujudan 25 rumah ibadat Siam atau Wat di sini. Antara rumah ibadat yang paling popular ialah Wat Photivihan yang terletak di Kampung Jambu. 

Keunikan Wat ini ialah binaan replika 'Sleeping Buddha' atau Patung Buddha Tidur bersaiz 40.9 meter panjang dengan ketinggian 10.9 meter.

Pembinaan patung itu bermula 1973 mengambil masa selama enam tahun dengan menelan belanja RM 2 juta hasil sumbangan penduduk tempatan dan pelancong.

Buddha Tidur telah menjadi daya penarik kepada industri pelancongan di Tumpat khususnya bagi 'religous tourism' di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.

Selain daripada berkunjung ke Wat Photivihan untuk sembahyang atau beribadat, pelancong juga berpeluang menyaksikan satu keajaiban seni bina dan tamadun komuniti Siam.

Sebenarnya Patung Buddha Tidur ini terdapat di banyak tempat di negara lain. Sleeping Buddha dibina penganut Buddha sebagai memperingati kematian Buddha di dalam keadaan tidur.

Lokasi lain yang terkenal dengan Sleeping Buddha ialah di Mahavihara Mojopahit (Indonesia), The Monywa Buddha Statue (Myanmar), Phra Nakhon Bangkok (Thailand), Sasaguri Fukuoka (Japan) dan Ba-ria, Vung Tau (Vietnam)

Satu lagi Sleeping Buddha di Malaysia ialah di Wat Chayamangkalaram yang terletak di Pulau Pinang. 
 


No comments:

Post a Comment