Friday 18 October 2019

BAHAYA TIANG BESI TIDAK DIPOTONG HABIS


Anda mungkin menjadi mangsanya. Malang tidak berbau, tetapi boleh dihalang jika semua pihak bertanggungjawab melakukan tugas dengan sempurna.

Di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) kerap kali berlaku pemilik kenderaan mengalami bocor tayar akibat terpijak tiang besi yang tidak dipotong sepenuhnya.

Bukan sahaja tayar menjadi mangsa, bahkan ada kecederaan kaki akibat tersempak batang besi tersebut.

Ada dua kategori tiang besi itu. Pertama bekas tiang bendera dan kedua bekas tiang meter letak kenderaan.

Tiang-tiang itu dipotong setelah tidak digunakan lagi. Sepatutnya tiaang itu dipotong di bawas paras tanah atau tar jalan. Tetapi ada yang ditugaskan memotong tiang besi itu ambil mudah memotong dengan membiarkan kira-kira 3 hingga 5 cm dari paras tanah.

Biarpun diketuk baki tiang itu, namun masih ada tanda tajam yang boleh menyebabkan tayar kenderaan bocor, terutama jika terkena pada bahagian tepi tayar.

Tiang besi itu sepatutnya dibuang terus atau dicabut, bukannya dipotong. Ia lebih selamat, biarpun sedikit sukar. Kalau ketika hendak tanam tiang itu boleh digali, mengapa tidak boleh dilakukan ketika mencabutnya?

Semoga pihak MPKBBRI mengambil perhatian terhadap perkara ini.

No comments:

Post a Comment