Friday 25 October 2019

ETOK SALAI MANIS

Etok atau etak begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan. Etok menjadi kudapan yang menyelerakan. Kebiasannya ia dimakan kosong atau tanpa dimakan bersama-sama makanan lain.

Namun, ada juga menjadikan etok sebagai 'lauk' yang dinikmati semasa makan nasi. Etok menjadi penambah selera kerana rasanya lemak masin manis.

Pada masa dahulu, etok biasanya dijemur di bawah sinaran matahari setelah digaul dengan rempah. Namun, sekarang ini kebanyakan pengusaha etok menyalai di atas api. Cara ini lebih mudah dan dan cepat.

Kalau dahulunya, etak disalai lebih kepada rasa masim. Sekarang ada pilihan bagi peminat etok apabila ada yang berperisa manis atau dipanggil etok manis.

Antara lokasi menjual etok manis ialah di Kampung Bendang Morak, Tumpat, Jalan Wakaf Bharu - Tumpat. Etak manis di Bendang Morak dikenali Etak Manis Kak Yah.

Selain Kak Yah, terdapat pengusaha lain yang turut menghasilkan etak manis. Penghasilan etak manis berdasarkan permintaan rakyat Kelantan yang sukakan rasa manis. 

No comments:

Post a Comment