Saturday, 28 December 2024

INDIVIDU YANG LAYAK RAIKAN KEJAYAAN BERSAMA

 
Seorang lelaki menyembelih seekor lembu besar, menyediakan sebuah panggangan dan menghidangkan pelbagai jenis makanan. Kemudian dia berkata kepada anak perempuannya, "Anakku, panggillah saudara-saudara kita, kawan-kawan dan jiran-jiran untuk makan bersama-sama."

Anak perempuannya keluar dan bertemu dengan kawan serta jiran dan orang-orang yang berada di kawasan berdekatan. Namun, dia tidak menjemput untuk majlis makan seperti disuruh ayahnya, sebaliknya memberitahu sesiapa yang ditemuai bahawa ayahnya perlukan pertolongan.

Tidak lama kemudian, hanya segelintir orang muncul untuk membantu. Kebanyakannya hanya memilih untuk mengabaikan permintaan itu.

Orang yang datang bersungguh-sungguh untuk membantu. Namun, apa yang terjadi tidak begitu. Mereka tidak perlu membantu kerana tidak ada pertolongan diperlukan, melainkan “membantu” untuk makan menghabiskan hidangan yang disediakan.

Bapa yang keliru itu bertanya kepada anak perempuannya: "Anakku, kenapa ini bukan saudara, kawan-kawan, atau jiran kita? " Ayah tidak mengenali kebanyakan daripada mereka."

Anak perempuannya menjawab: "Ayah, orang yang datang ke sini adalah orang yang prihatin dan sanggup membantu ketika kita memerlukan. Mereka tidak datang hanya kerana mereka dijemput ke parti. Inilah mereka yang berhak menerima kemurahan hati kita."

Pengajaran kisah:
Orang yang tidak ada untuk anda ketika susah, tidak layak menikmati hasil perjuangan anda ketika berjaya.  


No comments:

Post a Comment