Friday, 20 December 2024

STESEN PEMANCAR DI BUKIT BAKAR

 
Nama Bukit Bakar, Machang memang telah terkenal di Kelantan kerana di puncaknya terdapat stesen pemancar radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM). Setiap kali bersiaran, juruhebah Kelatan FM akan menyebut frenkuensi dari stesen pemancar Bukit Bakar iaitu 97.30 MHz. Frekuensi lain dari Bukit Bakar ialah 95.50 MHz untuk Radio Klasik, 96.50 MHz (Nasional FM) 98.50 MHz (TraXX FM), 99.30 MHz (Ai FM) dan Minnal FM pula 100.90 MHz.

Selain terdapatnya stesen pemancar milik RTM, di puncak Bukit Bakar juga terdapat beberapa pemancar milik syarikat telekomunikasi lain.

Untuk kemudahan penyelengaaan pemacar-pemancar tersebut, terdapat trek atau laluan yang dibina menggunakan simen dan tar yang boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda. Laluan tersebut hanya dikhususkan kepada kenderaan milik syarikat telekomunikasi berkenaan atau mana-mana yang mendapat kebenaran. Laluan tersebut sekadar muat untuk laluan sehala dan hanya ada tempat tertentu sahaja yang boleh kenderaan berselisih.

Selain dijadikan laluan kenderaan, trek tersebut juga digunakan oleh sebahagian mereka yang melakukan kembara berjalan kaki (hiking). Biarpun, hiking Bukit Bakar tidak menjadi pilihan di Kelantan berbanding hiking Bukit Panau, ia tetap menjadi pilihan kepada mereka yang ingin mencuba laluan baharu.

No comments:

Post a Comment