Wednesday 4 January 2023

Pembaharuan, Pengislahan Kementerian dan Tanggungjawab Semua

 
Pertemuan pertama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan agensi di Majlis Amanat Tahun Baharu 2023. 
 
Hampir 600 kakitangan kementerian hadir di Dewan Seri Lestari, malah ada yang mengikuti Majlis Amanat Tahun Baharu ini menerusi FB langsung. 
 
Berikut intipati amanat Ahmad Zahid di bawah tajuk Pembaharuan, Pengislahan Kementerian dan Tanggungjawab Semua 
 
Setiap Kementerian mempunyai garis panduan dasar dan tradisi mekanisme sistem penyampaian kepada rakyat dan pihak awam.
 
Bagi memastikan proses pembaharuan (renewal) maka akan dilakukan beberapa penambahbaikan dan modifikasi di agensi-agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Luar Bandar. 
 
Pengislahan ini penting bagi memastikan setiap program dan pelaksanaan benar-benar memberikan impak kepada masyarakat dan negara. 
 
Keberkesanan perbelanjaan Kementerian bukan hanya diukur daripada jumlah dibelanjakan, akan tetapi impak pencapaian itulah yang paling penting dan diutamakan. 
 
Beberapa langkah praktis atau hands on untuk melihat pelbagai dimensi dan perspektif untuk memastikan transformasi berlangsung dengan jayanya di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. 
 
Aspek koordinasi kalangan agensi yang terdapat di KKDW dengan NADMA juga akan dilakukan terutamanya dalam konteks tertentu seperti memperbaiki bukan hanya infrastruktur yang rosak malah turut membantu rumah-rumah yang terlibat dalam bencana. 
 
Lebih daripada itu perancangan masa depan yang lebih strategik untuk melakukan mitigasi terhadap permasalahan yang berlaku setiap kali ada monsun timur laut atau barat lain. 
 
Di sinilah Kementerian semakin bertambah relevan untuk rakyat dan negara. Pada masa yang sama juga perlu ditegaskan bahawa kerajaan negeri juga harus mengambil pertanggungjawaban untuk membantu rakyat kerana telah mendapat kejayaan 100 peratus kerusi parlimen di negeri tersebut. 
 
Maka mereka harus menterjemahkan sokongan rakyat terhadap mereka dengan memberikan bantuan sepenuhnya sesuai dengan sokongan yang diberikan agar dapat dibuktikan janji kempen PRU mereka lalu tersebut bukanlah suatu retorik politik semata-mata dan hanya memainkan sentimen etnik dan agama.

No comments:

Post a Comment