Sunday 8 January 2023

BERNIAGA SECARA DROPSHIP TIDAK PERLUKAN BANYAK MODAL

  
Hendak mula berniaga memerlukan banyak modal. Itu masalah utama ingin menceburi bidang perniagaan. Namun ada cara berniaga dengan modal rendah dan berpeluang mendapat untung besar. Perniagaan dimaksudkan ialah melalui kaedah dropship secara dalam talian. 
 
Sistem dropship yang mana mereka yang terlibat dalam sistem itu dipanggil dropshipper, termasuk sebagai salah satu perniagaan tanpa modal. Dalam sistem ini, peniaga dalam talian tidak perlu membeli produk untuk disimpan dan dijual kepada pembeli. 
 
Peniaga sistem dropship hanya memerlukan satu 'perjanjian' atau 'persetujuan' di mana pembekal produk memberi kebenaran untuk peniaga dalam talian memasarkan atau membuat iklan produk secara dalam talian, terutama di media sosial.  
 
Pembeli yang bersetuju membeli akan membuat pembayaran kepada peniaga dalam talian berkenaan dan kemudian membuat pembayaran kepada pembekal produk yang bertanggungjawab membuat penghantaran kepada pembeli. 
 
Harga yang dibayar pembeli tentunya lebih rendah berbanding jumlah yang perlu dibayar kepada pembekal. Perbezaan harga itulah yang menjadi untung kepada peniaga dalam talian meggunakan sistem ini. 
 
Ada juga menyebut keuntungan itu sebagai komisen. Tidak kisah apa nama, yang penting ia mendapatkan pendapatan agak lumayan. 
 
Ini bermakna peniaga dalam talian secara dropship tidak memerlukan modal langsung. Mereka hanya memberi tumpuan untuk membuat iklan di media sosial atau apa-apa medium lain yang dipilih. 
 
Segala bahan iklan biasanya disediakan oleh pembekal. Bahkan mereka juga menyediakan latihan asas kepada peniaga dalam talian bagaimana membuat pengiklanan dan proses lain yang berkaitan. 
 
Hanya satu perkara diingati mereka yang terlibat dengan sistem ini, iaitu resiko dari pihak pembekal. Ada pembekal tidak bertanggungjawab yang tidak menghantar barang seperti yang ditetapkan. 
 
Dalam soal ini, pembeli akan menyalahkan peniaga dalm talian kerana mereka hanya berhubung dengan anda, dan mereka biasanya tidak kenal atau tidak tahu siapa sebenarnya pembekal. 
 
Jadi, berhati-hati dengan memilih pembekal yang bertanggungjawab. 

No comments:

Post a Comment