Monday 12 April 2021

MAKAN KACANG CERDIK JADI BIJAK

 
Kacang di dalam gambar ini dipanggil kacang cerdik. Itu orang Malaysia sebut. Tidak pasti pula mengapa dipanggil kacang cerdik. Mungkinkah siapa makan kacang ini boleh jadi cerdik?

Dalam bahasa Inggeris, kacang ini dipanggil pistachio. Orang Arab pula kata fasataq. 

Di Turki sedikit beza dengan sebutan orang Arab walaupun jarak geografinya tidak jauh. Orang Turki panggil fistik. 

Di Iran pula sebut smiling nut. Orang China pun ada perkataan ‘nut’ tetapi happy nut.

Tidak kisahlah apa namanya, yang pasti banyak orang suka makan kacang ini. Anda yang membaca pun pasti suka makan kacang cerdik kerana anda memang cerdik.

Kacang cerdik bukan saja sedap tetapi amat bagus untuk dinikmati oleh orang yang mementingkan kesihatan. Ia juga boleh ditambah dalam hidangan seperti salad, yogurt dan buah-buahan.

Namun harus diingat, seperti makanan lain, kacang cerdik perlulah diamalkan sebagai snek sampingan dan perlu dimakan dengan kadar yang terkawal.

Elakkan untuk makan pistachio yang sudah diperasakan dengan garam atau yang sudah diproses supaya tidak memberi kesan kepada tekanan darah atau paras gula dalam badan.

 

No comments:

Post a Comment