Friday 3 January 2020

MASJID MUKIM KELAR DAERAH KANGKONG


Masjid Mukim Kelar, daerah Kangkong, jajahan Pasir Mas merupakan antara masjid yang menjadi persinggahan pengguna jalan raya Pasir Mas - Tanah Merah untuk menunaikan solat. Kedudukan Masjid Kelar di tepi jalan utama memudahkan ia dikunjungi mereka yang musafir.

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.

Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang lebih ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.

Bentuk Masjid Kelar ini ringkas dan selesa digunakan. Bentuk masjid ini segiempat tepat dan ada satu menara terpisah dari bangunan induk. Struktur masjid ini menggunakan simen secara keseluruhannya.

Tempat letak kenderaan agak terhad. Pengunjung perlu meletak kenderaan di bahu jalan. Justeru, jemaah perlu meletakkan kenderaan masing-masing dengan teratur agar tidak mengganggu lalulintas.

Masjid ini antara yang aktif menjalankan aktiviti keagamaan yang wajar dijadikan masjid contoh. Tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa masjid dan anak mukim yang sentiasa menjayakan program yang diadakan.  

No comments:

Post a Comment