Sunday 27 November 2022

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU DICAPAI MELALUI KONTRAK SOSIAL

  
Proses Malaya menuntut kemerdekaan daripada British dipermudahkan dengan dasar British Decolonisation Programme (BDP) selepas tahun 1945.

BDP adalah dasar Kerajaan Britain untuk meninggalkan negara yang telah dijajah akibat kos pengurusan negara yang meningkat tinggi akibat perang dunia dan hasil bumi yang dirompak daripada negara-negara yang dijajah tidak lagi menguntungkan British.
 
Ketika ingin melepaskan Malaya, terdapat lebih 2 juta buruh dari negara China dan India yang telah dibawa masuk oleh British ke Malaya untuk industri bijih timah dan getah British.
 
Tunku Abdul Rahman mahu Malaya merdeka dan pendatang semua dihantar balik ke negara asal.
 
Namun British enggan menanggung kos penghantaran balik pendatang dan Tunku Abdul Rahman untuk menerima mereka semua sebagai warganegara.
 
Tunku tiada pilihan melainkan menawarkan ‘Kontrak Sosial’ kepada kaum pendatang.
 
Sebagai balasan kepada ‘kemurahan hati’ orang Melayu memberikan taraf warganegara kepada kaum pendatang, kaum pendatang telah bersetuju untuk mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, hak istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
 
Hormatilah apa yang telah dipersetujui pemimpin terdahulu dalam membentuk sebuah negara bangsa yang saling berganding bahu
 
Jangan timbulkan perkara yang boleh mencetuskan suatu keadaan yang tidak harmoni di antara kaum.
 

No comments:

Post a Comment