Sunday 8 May 2022

KAMPUNG SEPETIR RENDANG, KUALA NERUS

  
Kampung Sepetir Redang terletak di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Lokasinya tidak jauh dari ibu negeri Terengganu, iaitu Kuala Terengganu. 
 
Perkataan ‘sepetir’ dipercayai merujuk kepada sejenis tumbuhan yang juga dikenali kedondong hutan. Manakala perkataan ‘rendang’ bermaksud pokok yang rendah serta banyak daun dan cabang. 
 
Jadi, Kampung Sepetir Rendang diambil nama sempena pokok sepetir yang tumbuh rendang di kawasan tersebut pada masa dahulu. Begitulah agaknya.....

No comments:

Post a Comment