Monday 1 February 2021

KUIH KELANTAN BANYAK JENIS MANIS

Negeri Kelantan terkenal dengan pelbagai jenis kuih yang unik pada nama dan rasanya. Namun, satu identiti kuih dari negeri yang mendapat jolokan nama Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Rendah Sekebuh Bunga itu ialah rasanya agak manis.

Malah di Kelantan terdapat kuih yang dinamakan nasi manis yang pasti rasanya manis. Nasi manis atau di tempat lain dikenali kuih wajik di Kelantan memang lebih manis sehingga keadannya diadun ‘gedik’ dengan adunan beras pulut, santan, gula dan gula melaka.

Antara jenis kuih di Kelantan yang dikategori manis ialah lompat tikam, tepung pelita, tahi itik, buah tanjung, nekbat sira, akok, bahulu, butir nangka, dodol, sura, sanggupal, bubur (pelbagai jenis), cek mek molek, jala mas, belebat ubi stelo dan pelbagai jenis nama lain.

Kerana pengaruh manis, sekarang ini ada etok yang biasanya berasa masin telah ada etok manis.

Sebenarnya, dalam masakan atau gulai orang Kelantan turut dimasukkan dengan gula atau gula melaka agar timbul sedikit rasa manis.

Maka tidak hairan jika asam jeruk di Kelantan turut dipengaruhi rasa manis.

No comments:

Post a Comment