Monday 4 January 2021

JENIS KETAM KAYU

 
Salah satu alat pertukangan ialah ketam. Definisi ketam: sejenis alat untuk melicinkan kayu (papan dan lain-lain); jenis-jenisnya: ketam betina, ketam lidah, ketam panjang, dll; ketam golek sejenis ketam yang digunakan untuk melicinkan bahagian tepi dan permukaan kecil kayu yang cembung; ketam pangkas sejenis ketam untuk melicinkan hujung kayu secara melintang ira, biasanya sangat berguna untuk membuat kerja pertu­kangan yang kecil; ketam pelicin sejenis ketam yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu; berketam (telah) dilicinkan dengan ketam, diketam: papan tidak ketam; mengetam melicinkan kayu dengan ketam; pengetaman 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 
 
Ketam mempunyai mata pisau yang agak lebar, boleh ditukar dan disesuaikan dengan permukaan kayu. Ia digunakan untuk melicin permukaan kayu atau papan. 
 
Antara jenis ketam ialah ketam bunga, dan ketam cuci. Ketam bunga atau juga dipanggil ketam perapat atau ketam jantan. Ketam ini adalah yang terpanjang. Ia digunakan untuk merata dan melicinkan bahagian tepi kayu bagi pembinaan tanggam temu dan tanggam pasak. 
 
Terdapat pelbagai bentuk ketam bunga atau komoi (loghat Kedah). Ketam ini digunakan untuk membuat berbagai-bagai bentuk bunga pada bingkai, hiasan pada papan cantik dan bunga-bunga pada bucu-bucu kayu. 
 
Bentuk mata pisau dapat memberi gambaran bentuk bunga yang akan dihasilkan. Ketam cuci pula digunakan untuk melicin bahagian lurah atau alur. Permukaan lurah yang licin dapat menghasilkan sistem tanggam yang lebih kemas dan berkesan.

No comments:

Post a Comment