Pasangan
suami isteri tentu ingin ikatan perkahwinan kekal sampai ke akhir hayat. Namun,
tidak semua hajat tercapai sehingga terpaksa berakhir dengan perceraian memutuskan
tali akad nikah.
Lafaz cerai pengakhir hubungan setelah tidak ada jalan pendamaian dapat dilakukan atas alasan munsabah dan wajar.
Di sebalik itu ada juga perceraian berlaku disebabkan perkara remeh yang tidak wajar diterima, tetapi itulah hakikatnya sepertimana yang dicatatkan di Mahkamah Syariah sebagai punca cerai.
Apabila
disebut masalah berkenaan, rasa hendak tergelak besar. Tetapi, itulah
yang menjadi realiti kepada punca perceraian.
Antara
punca perceraian yang pernah dicatatkan di Mahkamah Syariah:
-
Punggung isteri menggerutu.
-
Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
-
Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
-
Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami habiskan masa
berborak di surau.
-
Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
-
Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
-
Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
-
Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan
terdahulu.
-
Berbeza fahaman politik.
-
Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
-
Gaji suami lebih rendah.
-
Isteri lambat menyediakan makanan.
-
Pasangan bangun tidur lewat.
-
Suami bekerja tidak tentu masa.
-
Anak demam dan tidak sihat.
-
Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
-
Pasangan terlalu cerewet.
-
Pasangan tidur berdengkur.
-
Pasangan gemar membeli-belah.
-
Suami tangkai jering (kedekut).
-
Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
-
Berebut rancangan televisyen.
-
Pasangan lupa pam tandas
- Pasangan letak baju di
atas katil.
- Pasangan lambat jawab
panggilan telefon.
- Pasangan baik dengan
jiran.
- Isteri lebih rapat
dengan cucu.
Kalau hendak disenaraikan memang panjang lagi. Kalau perkara itu punca bertengkar sekajap, rasanya itu tidak pelik. Tetapi jika itu punca perceraian, memang tidak patut berlaku.
Kalau hendak disenaraikan memang panjang lagi. Kalau perkara itu punca bertengkar sekajap, rasanya itu tidak pelik. Tetapi jika itu punca perceraian, memang tidak patut berlaku.
No comments:
Post a Comment