Hendak mula berniaga memerlukan banyak
modal. Itu masalah utama ingin menceburi bidang perniagaan. Namun ada cara berniaga
dengan modal rendah dan berpeluang mendapat untung besar. Perniagaan
dimaksudkan ialah melalui kaedah dropship secara dalam talian.
Sistem dropship yang mana mereka yang terlibat
dalam sistem itu dipanggil dropshipper, termasuk sebagai salah satu perniagaan
tanpa modal. Dalam sistem ini, peniaga dalam talian tidak perlu membeli produk
untuk disimpan dan dijual kepada pembeli.
Peniaga sistem dropship hanya memerlukan
satu 'perjanjian' atau 'persetujuan' di mana pembekal produk memberi kebenaran
untuk peniaga dalam talian memasarkan atau membuat iklan produk secara dalam talian,
terutama di media sosial.
Pembeli yang bersetuju membeli akan membuat
pembayaran kepada peniaga dalam talian berkenaan dan kemudian membuat
pembayaran kepada pembekal produk yang bertanggungjawab membuat penghantaran
kepada pembeli.
Harga yang dibayar pembeli tentunya lebih
rendah berbanding jumlah yang perlu dibayar kepada pembekal. Perbezaan
harga itulah yang menjadi untung kepada peniaga dalam talian meggunakan sistem
ini.
Ada juga menyebut keuntungan itu sebagai
komisen. Tidak kisah apa nama, yang penting ia mendapatkan pendapatan agak
lumayan.
Ini bermakna peniaga dalam talian secara
dropship tidak memerlukan modal langsung. Mereka hanya memberi tumpuan untuk
membuat iklan di media sosial atau apa-apa medium lain yang dipilih.
Segala bahan iklan biasanya disediakan oleh
pembekal. Bahkan mereka juga menyediakan latihan asas kepada peniaga dalam
talian bagaimana membuat pengiklanan dan proses lain yang berkaitan.
Hanya satu perkara diingati mereka yang
terlibat dengan sistem ini, iaitu resiko dari pihak pembekal. Ada pembekal
tidak bertanggungjawab yang tidak menghantar barang seperti yang ditetapkan.
Dalam soal ini, pembeli akan menyalahkan
peniaga dalm talian kerana mereka hanya berhubung dengan anda, dan mereka
biasanya tidak kenal atau tidak tahu siapa sebenarnya pembekal.
Jadi, berhati-hati dengan memilih pembekal
yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment