Mengembalikan warisan sejarah Kota Meranti. Setiap tempat
mempunyai sejarah dan kisah tersendiri. Kota Meranti, suatu ketika dahulu,
dikenali dengan kawasan yang dipagari pepohonan buluh serta mempunyai sebuah
pintu utama sebagai laluan masuk.
Bagi mengembalikan warisan sejarah ini, nama Kota Meranti
terus diabadikan pada sebuah pasar baharu yang bakal dibangunkan untuk
menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.
Inisiatif ini bukan sahaja mengangkat kembali nilai sejarah
Kota Meranti, bahkan meneruskan legasinya sebagai sebahagian daripada kehidupan
dan kegiatan ekonomi masyarakat setempat.
Hari ini (26 September 2026), warisan tersebut terus diberi nafas baharu
menerusi peluncuran Pasar Kota Meranti. Pembangunan ini merupakan sebuah
inisiatif jalin hubung antara Kerajaan Negeri Kelantan bersama Perbadanan
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), melibatkan kos pembangunan sebanyak
RM9.5 juta.
Apabila siap kelak, medan usahawan ini bakal menyediakan 34
lot kedai untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), selain dataran
bagi aktiviti pasar pagi dan pasar malam serta kemudahan parkir yang lebih
selesa.
Inilah usaha menghubungkan warisan silam dengan aspirasi
masa hadapan. Bukan sekadar membangunkan prasarana, tetapi menghidupkan kembali
nilai sebuah kawasan bersejarah sebagai pusat kegiatan ekonomi, tempat
masyarakat berinteraksi dan ruang untuk rakyat mencari rezeki.
Semoga Kota Meranti kembali berseri, menjadi titik
pertumbuhan ekonomi baharu yang membawa kemakmuran dan keberkatan buat rakyat.
Kredit sumber dan gambar - FB Mohd Nassuruddin Haji Daud -
Menteri Bersar Kelantan

