Pegaga
atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan,
membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana
mengandungi serat.
Ia
juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah
haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang
menyebabkan faraj terasa gatal.
Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok
diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah.
Amalan
minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula
dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya
sebagai minuman untuk menguruskan badan.
Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan
darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.
Amalan meminum jus pegaga
amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan
kulit dan tekanan darah tinggi.
Walaupun
pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air
amat baik jika disapukan pada kudis dan luka.
Di
samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan
tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan
rambut dan kuku.
Pegaga
juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah
kulit lain.
Oleh
itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya
luka bersalin lebih cepat sembuh.
Mengamalkan
meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping
dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami
kecacatan akal.
Kini
produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri
kecantikan sebagai antiselulit, antikedutan (anti wrinkle), untuk mata dan
muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang
baru.
Tumbuhan
seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan
seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.
Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali
sebagai centella asiatica turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda
dan tradisional Cina.
Perubatan
ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi
membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan
keremajaan.
Dalam
perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu
meningkatkan daya ingatan.
Di
kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi
pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta
menyembuhkan luka.
Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga
untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental.
Dalam
pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu
meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen,
membolehkan seseorang tidur lebih lena dan merangsang selera makan.
Khasiat pegaga juga membantu
dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan
pengaliran darah.
Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun
ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan
kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.
Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersial kerana penggunaannya mungkin lebih mudah.
No comments:
Post a Comment