Monday 6 September 2021

KHASIAT SACHA INCHI

  
Pokok sacha inchi kaya khasiat. Nilai khasiatnyai telah lama dimanfaatkan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dahulu sebagai sumber protein tumbuhan yang didakwa terbaik di dunia. 
 
Kini produk daripada sacha inchi telah dikomersilkan sebagai pemakanan tambahan yang amat memberi kebaikan kepada kesihatan.  
 
Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan. 
 
Sacha inchi mempunyai banyak khasiat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.
 
Sacha inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Sebab itu ia digelar raja omega.
 
Antara kandungan yang terdapat dalam sacha inchi adalah omega 3 (48%), omega 6 (35%) dan omega 9 (9%). 
 
Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah penyakit yang biasa dihidapi kebanyakan orang. 
 
Minyak sacha inchi diperoleh dari biji buahnya. Biji sacha inchi juga dikenali kacang sacha inchi. 
 
Mengamalkan pengambilan minyak sacha inchi secara berterusan dapat memberi manfaat kebaikan yang amat banyak. Khasiatnya memenuhi keperluan untuk badan berada dalam keadaan optimun dari segi fizikal dan mental.
 
Kebaikan mengamalkan minyak sacha inchi:
- Mencegah dan melawan sel-sel kanser
- Mengurangi risiko serangan jantung
- Menurunkan kolesterol secara semula jadi
-.Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangi risiko stroke
- Menurunkan risiko diabetes
- Mengawal kadar gula darah
- Memperlambat penuaan wajah
- Mempertahankan kekenyalan kulit
- Mengatasi masalah pencernaan
- Memperlancar buang air besar
- Mengurangi rasa sakit dan peradangan di seluruh tubuh
- Membantu menurunkan berat badan
- Menguatkan ingatan
- Membantu perkembangan fungsi otak
- Mengurangi gejala menopouse
- Memperbaiki metabolisme tubuh
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Mencegah dan membantu memulihkan depresi
- Bermanfaat untuk radang sendi
- Meningkatkan penglihatan
- Meningkatkan kesuburan
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Membantu mencegah pelbagai penyakit.

 


 

No comments:

Post a Comment