Penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit
hipertensi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk.
Seramai 37 peratus penduduk Malaysia mengidap penyakit tekanan darah tinggi.
Secara amnya penyakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes telah dikaitkan kepada punca penyakit ini.
- Mengamalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam secara berkala.
- Amalkan permakanan sihat dan seimbang
- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam dan kolesterol berlebihan
- Kekalkan jisim berat badan unggul (BMI <23)
- Pengurusan stress secara berkesan
- Tidak merokok
- Mengamalkan cara hidup aktif
- Menjalankan pemeriksaan tekanan darah secara berkala
No comments:
Post a Comment